Aprikot dipercayai berasal dari China
yang mana buah ini telah ditanam sejak 4000 tahun yang lalu. Buah ini turut
ditanam di India dan Tibet. Kaum Hunza yang tinggal di pergunungan Himalaya
sebagai kaum yang berumur panjang, amat menghargai buah ini kerana kebaikan
yang diberikan olehnya terhadap kesihatan mereka semenjak 1500 tahun dulu.
Aprikot juga terkenal sebagai makanan
kesihatan oleh pengamal perubatan Greek sementara orang Rom pula mendedikasikan
buah ini kepada Venus, dewi cinta mereka. Aprikot telah diperkenalkan di Eropah
semasa zaman Alexander The Great.
Aprikot termasuk dalam kelas subasid.
Asid ini boleh didapati ketika buah ini masih belum masak sepenuhnya.
Keasidannya akan semakin berkurangan manakala kandungan gulanya akan semakin
meningkat semasa buah ini dalam proses masak.
Aprikot merupakan buah yang berbiji
dan mengandungi pelbagai khasiat. Buah, biji, minyak dan bunga dari buah
Aprikot telah digunakan di dalam bidang perubatan sejak berkurun lamanya. Di
China, ubat yang digelar Apricot Gold diperbuat daripada biji pokok yang
ditanam di kawasan tertentu. Ubat ini dikatakan dapat memanjangkan umur.
Aprikot bagus untuk anemia kerana ia
mengandungi zat besi yang tinggi. Walaupun kandungan kuprum dalam buah adalah
sedikit, namun mineral itu dapat menjadikan zat besi tersebut dimanfaatkan oleh
tubuh. Masih banyak lagi khasiat lain dari buah Aprikot yang perlu semua orang
ketahui.
Kebanyakan orang mengambil Vitamin B-17 untuk tujuan pemulihan. Namun yang terbaik adalah mengambil B-17 sebagai makanan tambahan dengan mengabungkan elemen-elemen lain bagi melengkapkan penjagaan kesihatan dan kehidupan seharian.
Kebanyakan orang mengambil Vitamin B-17 untuk tujuan pemulihan. Namun yang terbaik adalah mengambil B-17 sebagai makanan tambahan dengan mengabungkan elemen-elemen lain bagi melengkapkan penjagaan kesihatan dan kehidupan seharian.

No comments:
Post a Comment