Saturday, 8 November 2014

BIJI APRIKOT

BIJI APRIKOT~BIJI APRIKOT~BIJI APRIKOT



Asyik pos pasal biji aprikot je . Apa sebenarnya biji aprikot nih? . Apa kelebihan dan khasiat biji aprikot? . Hah! . Tak tahu? . Mai singgah sini kejap . Mai baca tentang ASAL USUL TENTANG BUAH APRIKOT.

Aprikot dipercayai berasal dari China yang mana buah ini telah ditaman sejak 4000 tahun yang lalu. Buah ini turut ditanam di India dan Tibet. Kaum Hunza yang tinggi di pergunungan Himalaya sebagai kaum yang berumur panjang, amat menghargai buah ini kerana kebaikan yang diberikan olehnya terhadap kesihatan mereka semenjak 1500 tahun dahulu.

Aprikot juga terkenal sebagai makanan kesihatan oleh pengamal perubatan Greek sementara orang Rom pula mendedikasikan buah ini kepada Vanus, dewi cinta mereka. Aprikot telah diperkenalkan di Eropah semasa zaman Alexander The Great.

Aprikot termasuk dalam kelas subasid. Asid ini boleh didapati ketika buah ini masih belum masak sepenuhnya. Keasidannya akan semakin berkurangan manakala kandungan gulanya akan semakin meningkat semasa buah ini dalam proses masak.

Aprikot merupakan buah yang berbiji dan mengandungi pelbagai khasiat. Buah, biji, minyak dan bunga dari buah aprikot telah digunakan di dalam bidang perubatan sejak berkurun lamanya. Di China, ubat yang digelar Apricot Gold diperbuat daripada pokok yang ditanam di kawasan tertentu. Umat ini dikatakan dapat memanjangkan umur.

Aprikot bagus untuk amenia kerana ia mengandungi zat besi yang tinggi. Walaupun kandungan kuprum dalam buah adalah sedikit, namun mineral itu dapat menjadikan zat besi tersebut dimanfaatkan oleh tubuh. Masih banyak lagi khasiat lain dari buah aprikot yang perlu semua orang ketahui.

Kebanyakan orang mengambil Vitamin B-17 untuk tujuan pemulihan. Namun yang terbaik adalah mengambil Vitamin B-17 sebabai pemakanan makanan tambahan dengan mengabungkan elemen-elemen lain bagi melengkapkan penjagaan kesihatan dan kehidupan seharian.

No comments:

Post a Comment