Thursday, 4 December 2014

[ KANDUNGAN GULA ]


Definisi :

Kadar gula darah pada manusia berada pada angka antara 70-110mg/dl setelah berpuasa selama 8 jam. Manakala 2 jam selepas makan, kadar gula darah seharusnya dibawah 200mg/dl.

Punca :

Berpunca daripada proses metabolisme zat makanan dalam sel tubuh yang tidak sempurna. Zat gizi dan sari makanan diserap di usus halus dan dibawa oleh darah ke dalam sel. Di dalam sel, sari-sari makanan tersebut diubah menjadi tenaga atau pun zat lain yang diperlukan tubuh. Jika proses pengangkutan zat gula darah (glukosa) ke dalam sel terganggu, maka glukosa tidak dapat terserap ke dalam sel dan tertinggal di dalam darah. Hal ini menyebabkan kadar gula darah menjadi tinggi. Penyerapan glukosa ke dalam sel dibantu oleh sejenis hormon yang disebut insulin.

Tanda-tanda :

- Mempunyai berat badan yang berlebihan
- Mengalami kehilangan berat badan mendadak walaupun anda berselera makan
- Ibu atau bapa anda penghidap diabetes
- Kerap merasa dahaga, keletihan dan kerap kencing
- Kerap kali mendapat kudis dan jangkitan

Cara mengatasi :

- Lakukan senaman setiap hari
- Kurangkan makanan yang manis atau cuba elakkannya
- Baca label makanan sebelum membeli sesuatu produk makanan terutama kadar gulanya
- Pilihlah makanan daripada bahan pemanis semulajadi seperti madu

- Dapatkan berat badan yang unggul

No comments:

Post a Comment